Thursday, October 1, 2015

Kadang-kala...pasrah dan menyerah itu lebih mudah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Orang kata, apabila kita redha bermakna kita ikhlas menerima suratan takdir hidup kita..tapi syaratnye setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Namun...aku kini lebih kepada pasrah, menyerah segalanya tanpa mampu berusaha apapun.

Mungkin semangat aku kian lemah. Tak semantap dulu. Atau aku sudah terlalu penat berjuang untuk masa depan aku.

Bukanlah aku meminta kehidupan indah bak puteri raja. Aku hanya ingin dikasihi, dan dilindungi seperti selayaknya.

Aku paling takot untuk menyayangi kerana aku tahu aku tak rela dilukai. Aku tidak mencari orang yang boleh memberi kehidupan yang mewah, aku tidak mencari yang berwajah persis sang putera... Aku hanya mencari yang baek pekertinya terhadap keluarganya terutamanya orang tuanya. Aku hanya mencari orang yqng jujur dan baek tutur katanya.

Walau taqwa itu salah satu kriterianya..tapi insya'Allah setiap manusia itu boleh berubah kepada yang lebih baek jika kena dengan caranya.

Mungkin saat ini terlalu awal untuk menafsirkan segala-galanya. Tidak dibenarkan berjumpa atas alasan khuatir memalitkan lumpur ke muka keluarga..aku terluka dengan tuduhan sedemikian rupa. Sedangkan mereka tahu pendirian aku bagaimana.

Aku bagai tiada hak untuk bersuara untuk masa depan aku seperti biasa. Dulu cita-cita aku dihancurkan begitu saja. Mungkin keinginan aku untuk punyai keluarga yang bahagiapon harus aku lupakan saja.

Bunyiknya seperti mudah mengalah..tapi betol la tu. Aku terlalu penat menjelaskan segalanya. Maka pasrah dan menyerah sjalah pilihan yang aku ada.

Ya Rabb, aku serahkan segalanya kepadaMu kerana Kau lah yang Maha Mengetahui segalanya yang terbaek buat hambaMu yang lemah tak terdaya ini.

Ya Rabb, jika dia bukan jodohku.. hilangkanlah rasa sayang yang mula bertapak dalam jiwaku ini dan mudahkanlah bagi dia melepaskan aku dari hatinya. Namun jika benar dia adalah jodoh yang terbaek buat aku bagiMu, maka aku memohon kepadaMu agar permudahkanlah urusan kami dalam mendapat restu orang tua kami. Jauhkanlah kami dari menjadi anak yang derhaka kepada orang tua kami hanya kerana hasrat hati kami. Kuatkanlah iman kami, Ya Rabb..agar tidak melakukan apa2 yang melanggar hukum agama kami. Aamiin..

Hurmmm.. baeklah, rasanya cukuplah sekadar sampai disini buat hari ini.

Sekian, wassalam.


Tuesday, September 29, 2015

Buang Sawang

Assalamu'alaikum...salam sejahteta.

Lama betol cik apad tak menjengah rumah sendiri.
Rindu pulak nak kembali aktif berkongsi curahan hati.

Kita ni terkadang bukan sebab tak mengadu kpd Allah, bukan tak meluah pd teman-teman...cuma kadang-kala kita rasa tenang selepas menulis/menaip apa yang kita rasa. Ishh..nampak bebeno hati cik apad ni tengah gundah gulana kan? Ahahahaha...

Hurmm...rasanya cukup lar kot takat sini sebagai pembuka bicara.

Ayat hari ni..

Terkadang..hanya kita saja yang tinggal untuk mencari kekuatan dalam hidup kita. Sehingga kita belajar untuk tidak mengharap kepada sesiapa melainkan kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah yg Esa. Benarlah..kekuatan yang datang dari cinta Sang Pencipta itu ternyata mrnguatkan jiwa2 yang lemah. Aku berlindung dari hati yang dibolak-balikkan. Ya Allah! Kau tetapkan lah hati ini pada jalan yang lurus, yang benar..yakni jalan orang2 yang Kau redhai.

Moga aku ditemukan dengan pencinta Sang Pencipta yg Esa.

-Salam 'alaik~

Sunday, June 16, 2013

MASTER?! Am I ready?

Assalamu'alaikum buat seluruh penghuni alam..

Holla!

Time busy2 gini tetibe trase macam nak coret2 something kat sini.

After graduate degree on 2011, memang ada niat nak sambung balaja at Master level. Tapi tak jumpa turning point dia kat mana.

But now, since my college (IMPERIA Institute of Technology) is on our way to offer BSc Safety, Health and Environmental Management (predicted will start on Sept 2014)...and am required to teach Degree student, so barulah jumpa sabab musabab untuk sambung Master...huhu <alasan sungguh aih!>

Ok, kawan2...jom sambung Master at UPM > Fak Engine > Master in Environmental Technology Management > Intake Sept 2013


Wish my self >>> Best of Luck, Fadhilah!!!


Sunday, February 3, 2013

should start now!

hahha! sepatutnya start menabung ni dari kecik-kecik dulu...so bila dah besar panjang ni takde ler liat sangat kan..kan.. kalau lerr dari dulu lagi menabung, dah berkepuk-kepuk dah agaknya duit simpanan sekarang.
~  hahaha hamek kau... over!  ~

.: marilah menabung! :.



Monday, December 24, 2012

rahsia hati hanya Allah yang tahu

Terkadang, hidup dalam bermasyarakat ni... hati kita sering disakiti. Walau dengan kenalan yang kita gelar sebagai kawan (contoh: roomate/classmate/housemate/schoolmate/sape-sape jer lah lagi kan..).

Sudah pernah (malah acapkali) kita menyatakan alasan kita, kenapa kita menolak untuk menyertai sesetengah ajakannya... namun, kawan itu masih terus "memaksa" sambil mengeluarkan kata-kata yang kadang-kala menghiris hati kita. Bukan kerana dia tidak tahu atau tidak ambil tahu apa yang kita rasa, tapi dia tidak memahami apa yang kita rasa. Kawan itu sekadar mendengar, agar dia boleh menjadi pendengar tegar buat kita. Tapi alangkah moleknya lagi jika kawan itu mampu atau berusaha memahami kita.

Tak mengapalah kan... kerana Allah itulah yang sentiasa memahami hambaNya setiap waktu dan ketika.

Usah berkecil hati wahai jiwa, bertenanglah... kerana Penciptamu tak pernah mensia-siakan dirimu. Penciptamu sentiasa memahami apa yang di dalam dan di luar hatimu.

...bertenang dan berbahagialah.


*memaksa di sini adalah memujuk dengan bersungguh-sungguh agar kita menyertai aktivitinya tanpa mempedulikkan perasaan kita.

*kawan itu tahu kisah silam kita yang menyebabkan kita menolak sesetengah ajakkannya...tapi sayang, kawan itu tidak pernah memahaminya. tak mengapalah, kerana kawan itu manusia biasa yang tiada upaya untuk menembusi hati kita...


**apa yang penting, jadilah orang yang tetap pendirian. jika tidak mampu dalam semua keadaan, paling tidak berusahalah apabila keadaan mengizinkan. jangan dibiarkan pendirian yang dipegang terhakis hanya kerana ingin menjaga hati kawan. asalkan pendirian yang kita pegang itu tidak menyalahi apa-apa hukum ketetapan Allah atau memudharatkan mana-mana individu...